Thursday, December 25, 2008

Apabila dan Mengapa.. Dimana Jawapannya?

Apabila diri sunyi,
Mengapa bukan teman yg diajak menemani?

Apabila merindui seseorang,
Mengapa tidak terfikir pejuang2 di medan perang?

Apabila amarah menguasai diri,
Mengapa tidak mengawal diri?

Apabila aku berfikir,
Mengapa negative yang mampir,

Apabila kawan datang dan pergi,
Mengapa aku harus bersedih hati?

Apabila langit mendung,
Mengapa berbekalkan payung?

Apabila merasa diri sangat hina,
Mengapa berfikir diriku yang selalu kena?

Apabila lewat seminit,
Mengapa sangat perit?

Apabila hidup bagaikan tidak bererti,
Mengapa bukan Tuhan yg didekati?

Kerana diriku hanyalah insan yg lemah dan jadian Tuhan yg sempurna luarannya, tapi tidak sempurna keseluruhannya

1 comments:

raisadora said...

Apabila kita ditimpa lara...
Mengapa kita tak sujud berdoa...
Hmmm kumengerti dan fahami apa yg tersirat dihati... Berharap jangan pernah berhenti sebab bila berhenti sama juga mati... Kuatkan diri lalui hari :) Hujan pasti akan berhenti...